Wednesday 30 April 2014

[Video] 3 Kesalahan Kerap Penganting Lelaki

Tengok video ni jika anda nak kahwin!

Kita doakan moga rumahtangga kita mendapat redha Allah bermula dari majlis yang syar'ie..

3 Pesanan untuk Pengantin Lelaki :
-Lelaki tak boleh pakai inai
-Lelaki tak boleh pakai rantai (dokoh)
-Ganti adegan cium dahi dengan letak tangan kanan pada ubun-ubun isteri dan berdoalah sepertimana hadith :

"Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: 'Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.' " (Riwayat Abu Daud).


Google Image

Tuesday 29 April 2014

Peluklah Isteri Di saat Dia Menangis

PELUKLAH ISTERI DISAAT DIA MENANGIS

Bila isterimu menangis dihadapanmu, tak peduli apapun sebabnya, peluklah dia, biarpun dia menolak, tetap peluklah dengan erat,

Menangis di atas meja selamanya tidak akan pernah terasa lebih nyaman dan damai selain menangis dalam pelukkanmu..!!

Google Image
Bila isteri mengatakan tentang kesalahanmu,tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, itu semua karena ia peduli padamu..!!

Bila isteri sedang kesal dan mengabaikanmu, jangan ikut-ikutan tidak peduli, ini adalah tantangan bagi kalian, saatnya membuang gengsi..!!

Bila isteri tidak mau mendengarkan dan berbalik badan berjalan meninggalkanmu,kejarlah dia,
Bila kau sungguh mencintainya, apakah kau tega meninggalkannyasendirian..??

Bila isterimu berkata "kamu pergi saja" aku tidak mau memperdulikanmu'' jangan percaya begitu saja, mungkin itu hanya dibibir saja,sedang hatinya tidaklah demikian, sebenarnya itu adalah saat dimana dia paling membutuhkanmu..!!

Bila isterimu marah, suasana hatinya sedang tidak enak dan tidak mau makan, jangan bertanya mau makan apa, dia pasti berkata tidak mau semuanya.

Belikan makanan kesukaannya, tunggu suasana hatinya membaik dan berikan pada dia, jangan menggunakan ancaman bahwa kamu juga tidak mau makan..!!

Hargai isterimu, tidak perlu berpikir terlalu rumit, apa yang wanita mau selalu sederhana selamanya..!!

Terkadang, berkompromi bukanlah berarti mengaku kalah, itu adalah suatu sikap memahami..!!

Memaafkan bukan berarti lemah, melainkan sebuah kepedulian dan menghargai..

Monday 21 April 2014

Lafaz Yang baik diamalkan ketika Majlis Akad Nikah

Lafaz Yang baik diamalkan ketika Majlis Akad Nikah
 Credit to Shafiqolbu
 


Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting terutama bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan.

Berikut adalah di antara lafaz-lafaz ucapan yang baik untuk diamalkan dalam sesuatu majlis akad nikah :

1) Lafaz Penyerahan Mas Kahwin Pengantin Lelaki

Selepas selesai akad nikah, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan mengucapkan lafaz :

“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam.”

Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca doa: 

Sumber: Shafiqolbu






2) Lafaz Penerimaan Mas Kahwin Pengantin Perempuan

Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati : 

“Ya Allah! Jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat.”


Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin : 

“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah سبحانه وتعالى.”

4)  Pesanan Ibu Kepada Anak Perempuan

Lafaz pesanan berikut dibaca oleh ibu kepada pengantin perempuan :

“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah سبحانه وتعالىsepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu…”

5)  Lafaz Ucapan Terima Kasih Dari Anak Perempuan

Lafaz ucapan terima kasih berikut dibaca oleh pengantin perempuan kepada ibu bapanya :

“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”

6)  Lafaz Ucapan Penerimaan Tanggungjawab Lelaki

Lafaz ucapan berikut dibaca oleh pengantin lelaki sebagai menerima tanggungjawab terhadap isteri :

“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالىdi atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut : 

1) Memberi nafkah zahir dan batin.
2) Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3) Keselamatan yang terjamin.
4) Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah سبحانه وتعالى.

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah
سبحانه وتعالى.”

Semoga lafaz-lafaz tersebut dapat di amalkan agar menjadikan kita pasangan suami isteri yang berkasih sayang serta bertanggungjawab.

 



[Soal Jawab] Bolehkah Suami Isteri Mandi Junub Bersama?

Bolehkah Suami Isteri Mandi Junub Bersama?


Jawapan oleh : Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

Pertama kita perlu melihat syarat sah mandi wajib atau mandi junub ialah niat dan meratakan air keseluruh badan. Tidak disyaratkan tiada bersentuhan dengan orang lain. Maka jelas bersentuhan ketika mandi junub bukanlah satu larangan syara’. Bahkan Rasulullah juga bersentuhan dengan isterinya ketika mandi bersama.

Sayugia diketahui bahawa mandi-manda bersama suami isteri adalah merupakan amalan Rasulullah bersama isteri-isterinya ‘Aisyah R.A dan Ummu Salamah R.A. Tidak terhenti kepada mandi biasa, bahkan mereka pernah mandi junub bersama.

Terdapat berbagai riwayat berkaitan peristiwa ini.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indahnya kehidupan Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah menceritakan, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). 

Demikianlah mesranya Rasulullah SAW.

Selain itu, sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurau senda, dan berseronok. Rasulullah saw sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-senda. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Diharap persolan puan telah terjawab. WALLAHU ‘A’LAM.

[TIPS] Ciuman Meransang Hubungan

Ciuman Meransang Hubungan


Bercium adalah satu seni yang memainkan peranan penting ketika menggoda pasangan anda, ataupun ketika berasmara. Bercium dengan teknik yang betul adalah kunci untuk menentukan sama ada pasangan anda akan puas, atau sebaliknya, dan sudah pasti akan menentukan kejayaan untuk aksi seterusnya.

Ramai yang gagal memanfaatkan seni bercium sebaiknya dan seringkali mengabaikan teknik bercium ketika pemanasan, mahupun ketika hubungan kelamin. Amat rugi sekali kerana jika anda mengetahui teknik ciuman yang tepat, hubungan asmara anda akan menjadi lebih hebat dan asyik.

Di sini saya berikan 4 tips ciuman yang boleh anda amalkan untuk membuatkan pasangan anda hilang kawalan dengan ciuman anda:
  1. Tips Ciuman 1 - Kenali lokasi hotspot
Apabila membincangkan hotspot, sudah pasti anda terbayangkan bahagian sensitif pada badan pasangan anda seperti kemaluan, punggung, dan sebagainya... Salah!
Hotspot yang saya maksudkan di sini ialah bahagian sensitif pada wajah pasangan anda. Terdapat tiga bahagian sensitif pada wajah pasangan anda boleh anda gunakan sebagai permulaan ciuman. Bahagian-bahagian ini adalah pada tepi mata, tepi bibir dan belakang cuping telinga.
Jadi sebelum anda menerkam bibir pasangan anda, kucup dengan lembut dan menggoda bahagian-bahagian ini. Saya jamin pasangan anda sendiri yang akan menerkam bibir anda kerana tidak tahan apabila bahagian-bahagian sensitif pada wajahnya dibelai bibir anda.
  1. Tips Ciuman 2 - Permainan menggoda
Apabila anda sudah tiba ke bahagian bibir, jangan terus mencium bibir si dia berterusan. Sebaliknya kucup sedikit dan tarik bibir anda. Teruskan pada bahagian hotspot yang dibincangkan sebelum ini. Atau ucapkan kata-kata romantik sebelum mencium semula bibir beliau.
Anda juga boleh menjilat lembut bibir pasangan anda dengan lidah dan tarik kembali ciuman anda. Gunakan imaginasi anda untuk menggoda si dia dengan permainan ini.
  1. Tips Ciuman 3 - Variasikan ciuman
Jangan jadikan ciuman anda ciuman yang membosankan pasangan anda. Berikan sedikit variasi ketika bercium. Contohnya satu ketika anda mencium dengan rakus kemudian dengan pantas lembutkan ciuman anda. Pastikan anda melihat ke mata si dia dengan penuh kasih sayang ketika bercium kerana ini akan membuatkan si dia 'cair'.
  1. Tips Ciuman 4 - Bukan sekadar bibir
Ciuman terbaik bukan hanya menggunakan bibir. Untuk melakukan teknik ciuman yang hebat, belajar untuk menggunakan jari, hidung dan nafas anda ketika bercium. Jari boleh digunakan untuk mengusap pipi, leher atau tubuh pasangan anda ketika bercium.
Hembusan nafas boleh digunakan pada bibir, telinga dan leher si dia untuk memberikan sensasi baru kepada beliau. Sebagai contoh, basahkan leher si dia dengan lidah anda, kemudian hembus dengan lembut pada bahagian tersebut. Lihat reaksi beliau. Jangan terkejut jika beliau mendesah kesedapan hanya dengan hembusan anda. :)

Saya berharap anda akan mengaplikasi ilmu ini ketika menggoda dan mencium pasangan anda. Selamat mencuba

Cerita Lain

 

© 2013 Info Kahwin Online. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top